Something Just Like This

"Something Just Like This" ("Sesuatu Seperti Ini") ialah sebuah lagu oleh duo muzik elektronik Amerika Syarikat The Chainsmokers serta band rock Inggeris Coldplay.[2] Lagu ini dikeluarkan sebagai single kedua dalam album debut The Chainsmokers Memories...Do Not Open pada 22 Februari 2017 dan sebagai single kedua EP ke-13 Coldplay Kaleidoskope dalam bentuk Tokyo Remix pada 23 Jun 2017. Versi olahan langsung (live remix) dirakam di Tokyo yang dimainkan dalam konsert Coldplay dan dikeluarkan pada 23 Jun 2017.[3]